KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster baharu dikesan hari ini, namun jumlah kes COVID-19 menurun 41 kes berbanding semalam menjadikan keseluruhannya sebanyak 127 KES.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster jenis tempat kerja, Kluster Bahtera, telah dikesan di daerah Kota Kinabalu.
“Kes indeks melibatkan kakitangan kapal MV Orbit Petra…
“Beliau telah disahkan positif dan saringan seterusnya dikalangan kawan sekerja mendapati 21 lagi anak kapal didapati positif dan kini sedang diberikan rawatan sewajarnya,” katanya.
Menurut beliau, cuma lima (5) daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 31 kes, Tuaran 22 kes, Penampang 12 kes, Ranau 10 kes dan Tawau 10 kes.
Katanya sebanyak 13 daerah mencatatkan kes pada satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di sembilan (9) daerah.
“Seramai 124 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan tiada kes dalam Kategori 3 dan 5…
“Dua (2) kes berada dalam Kategori 4 sementara Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih membuat penilaian ke atas satu (1) kes lagi,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau sekali lagi mengucap Selamat Menyambut Hari Krismas dan mengingati penduduk Sabah untuk meraihkannya secara berhemah dan bertanggungjawab dengan mematuhi semua proaedur operasi standard (SOP).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 31 (41)
Tuaran – 22 (30)
Penampang – 12 (14)
Ranau – 10 (7)
Tawau – 10 (1)
Putatan – 8 (2)
Kota Belud – 8 (10)
Papar – 6 (12)
Kuala Penyu – 4 (9)
Semporna – 3 (1)
Beluran – 2 (8)
Sandakan – 2 (3)
Kota Marudu – 2 (0)
Tenom – 2 (4)
Kudat – 2 (2)
Tambunan – 1 (4)
Nabawan – 1 (0)
Beaufort – 1 (5)
Telupid – 0 (0)
Lahad Datu – 0 (1)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Sipitang – 0 (0)
Keningau – 0 (5)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (8)
Kalabakan – 0 (0)





