Pasangan Suami Isteri Di Tawau Kes Varian Omicron Pertama Sabah

Pasangan Suami Isteri Di Tawau Kes Varian Omicron Pertama Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes pertama varian Omicron di Sabah telah di laporkan kelmarin di daerah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang telah menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 9 sehingga 18 Disember tahun lalu.

“Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember 2021 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan tiba di Tawau pada hari berikutnya.

“Setibanya di Tawau, penama (pesakit) dan isteri diarah menjalani kuarantin di rumah mereka.

“Keputusan ujian ‘whole genome sequencing’ menunjukkan penama positif varian Omicron…

“Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember 2021,” katanya hari ini.

Menurutnya, keputusan “whole genome sequencing” bagi isteri masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan.

Kedua-dua pesakit telah lengkap di vaksin seawal bulan Jun 2021.

Masidi berkata keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat.

“Semasa disahkan positif COVID-19, suami adalah pada Kategori 2 manakala isterinya adalah pada Kategori 1…

“Mereka berdua telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari 2022 dan telah pulih daripada sakit jangkitan virus,” jelasnya.