KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 harian Sabah meningkat sebanyak 22 kes berbanding semalam dengan catatan 280 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata TIGA (3) daerah tertinggi mencapai paras 40 kes ke atas, iaitu Kota Belud 41, Kota Kinabalu 41 dan Tuaran 40 kes.
“Sebanyak tiga-belas (13) daerah merekodkan kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga (3) daerah…
“Kota Belud dan Tuaran menunjukkan peningkatan kes yang agak ketara masing-masing dengan pertambahan 22 kes dan 18 kes.
“Penampang pula mencatatkan penurunan yang agak besar dengan merekodkan penurunan 36 kes,'” katanya dalam rumusan harian kes.
Sebanyak 276 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Tidak ada kes dalam Kategori 3, manakala terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.
Satu kes masih lagi dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Belud – 41 (19)
Kota Kinabalu – 41 (32)
Tuaran – 40 (22)
Keningau – 18 (11)
Putatan – 18 (13)
Kuala Penyu – 13 (12)
Penampang – 13 (49)
Ranau – 11 (6)
Sandakan – 11 (7)
Kota Marudu – 11 (19)
Tambunan – 10 (12)
Papar – 9 (7)
Beaufort – 9 (7)
Tenom – 7 (14)
Sipitang – 6 (5)
Telupid – 4 (0)
Lahad Datu – 4 (5)
Tawau – 4 (5)
Beluran – 3 (3)
Kinabatangan – 2 (2)
Pitas – 2 (0)
Kunak – 1 (0)
Tongod – 1 (3)
Kudat – 1 (4)
Semporna – 0 (0)
Nabawan – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)





