KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan hanya 52 kes dilihat pada jumlah harian kes COVID-19 hari ini di Sabah berbanding kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 2,246 kes yang dicatat hari ini (10 Sept), 1,392 kes adalah kes lewat daftar antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari yang lalu.
“Kes di Kota Kinabalu turun ke 196 kes. Kawasan bandar lain seperti Sandakan, Penampang dan Tawau juga melihat penurunan tetapi naik 75 kes hari ini di Tuaran…
“Kluster baharu dikesan, Kluster Sawit Perpaduan di Kinabatangan mengakibatkan jumlah kes di daerah tersebut melonjak ke 112 kes daripada 47 kes sahaja kelmarin iaitu kenaikan 65 kes,” katanya.
Saringan kontak rapat menyumbang kepada 55.5 peratus ataupun 1,247 kes daripada jumlah hari ini.
“Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, yakni 1,473 individu atau 65.6 peratus daripada jumlah kes yg dicatat hari ini…
“Seramai 712 pesakit pula adalah dalam Kategori 1, empat (4) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang adalah Kategori 4 dan seorang sahaja dalam Kategori 5. Sebanyak 54 kes lagi masih dalam siasatan,” katanya.
Menurut Masidi, setakat kelmarin, seramai 49.5 peratus penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan vaksin dan 65.8 peratus lagi telah memperolehi satu (1) dos.
“Semua penduduk dewasa di daerah Beaufort dan Putatan telahpun mengambil sekurang-kurangnya satu dos mankala jumlah itu pada tahap 94 peratus di Kuala Penyu, 86.7 peratus di Kota Kinabalu dan 81.5 peartus di Sipitang,” jelasnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 302 (498)
Sandakan – 244 (247)
Lahad Datu – 201 (112)
Tuaran 196 – (121)
Penampang – 149 (159)
Kota Belud – 115 (114)
Papar – 114 (84)
Kinabatangan – 112 (47)
Keningau – 105 (111)
Tawau – 95 (114)
Putatan – 68 (101)
Beluran – 63 (52)
Beaufort – 59 (28)
Telupid – 57 (16)
Nabawan – 49 (27)
Kudat – 49 (61)
Kota Marudu – 47 (91)
Kunak – 44 (37)
Pitas – 41 (87)
Semporna – 30 (17)
Ranau – 28 (60)
Tongod – 25 (39)
Tenom – 23 (32)
Tambunan – 11 (17)
Sipitang – 10 (8)
Kuala Penyu – 5 (10)
Kalabakan – 4 (8)





