LONDON, BRITAIN – Seorang wanita dibelasah oleh kekasihnya dengan alasan tidak minat bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo, lapor Daily Star.
Gara-gara tindakannya, kekasih wanita yang dikenali sebagai Ross Flynn dituduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Flynn dituduh melakukan perbuatan itu ketika mereka pulang dari janji temu dan berlaku perbualan tentang siapakah yang lebih tampan antara bekas teman lelaki wanita itu yang telah meninggal dunia atau Ronaldo.
Wanita yang menganggap kekasihnya sedang bergurau itu kemudian menyatakan dia lebih tertarik kepada bekas kekasihnya kerana tidak meminati Ronaldo.
“Suspek menumbuk muka teman wanitanya beberapa kali sehingga dia terhumban ke lantai dan mengalami patah hidung.
“Ini kerana dia tidak dapat menerima kenyataan wanita itu lebih tertarik kepada bekas kekasihnya yang sudah mati berbanding Ronaldo,” demikian menurut kertas pendakwaan di Mahkamah New Castle.
Wanita itu cuba menerangkan bahawa pemain bola sepak itu tidak termasuk dalam kategori lelaki yang diminati namun tidak diendahkan oleh Flynn. Mereka kini berpisah.
Mahkamah melabelkan Flynn sebagai individu berisiko tinggi untuk mana-mana bakal kekasihnya kelak.





