LIMA SUSPEK BAHARU DALAM KUMPULAN ABU SAYAFF DIKEHENDAKI ESSCOM

LIMA SUSPEK BAHARU DALAM KUMPULAN ABU SAYAFF DIKEHENDAKI ESSCOM

0
SHARE
Antara 5 suspek terbaharu yang dikehendaki ESSCOM - Foto Ihsan ESCCOM

KOTA KINABALU, SABAH – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendedahkan lima (5) individu Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) baharu yang dikehendaki.

Mereka adalah, Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah, Madjid Said @ Ammah Pattit dan Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan…

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi keselematan negara berkenaan berkata maklumat terbaru adalah susulan kejayaan penumpasan sel-sel ASG di wilayah Sabah pada tahun lalu.

Antara suspek yang dikehendaki ESSCOM bagi membantu siasatan – Foto Ihsan ESSCOM

“Manakala seramai 15 suspek masih kekal dalam senarai iaitu Salip Mura, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Marajan @ Manajan Asiri, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw.

“Jul @ Jun Hasan, Barak Undog @ Alvin, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @ Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko,” katanya.

Tambahnya, ESSCOM akan memperhebatkan operasi-operasi khas untuk menjejak anasir-anasir terbabit.

“ESSCOM akan melancar operasi bersepadu laut dan darat bagi membanteras elemen-elemen tidak diingini di ESSZone dan juga penceroboh yang menggangu-gugat keamanan dan keselamatan di kawasan ini…

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu dikehendaki ini boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya.