KOTA KINABALU, SABAH – Sabah meneruskan trend kes baharu melepasi paras angka 300 buat hari ketiga berturut-turut dengan 342 kes dicatat hari ini iaitu pertambahan tujuh (7) kes berbanding semalam.
Dengan itu, TIGA (3) lagi kluster baharu jenis institut pendidikan dikesan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkitan baharu pada jumlah yang agak tinggi disetiap daerah agak membimbangkan.
“Enam (6) daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi, iaitu Kota Kinabalu 60 kes (+20), Sandakan 40 kes (+7), Kota Marudu 34 kes (-30), Beaufort 34 kes (+20), Tuaran 33 kes (-7) dan Putatan 24 kes (+16),” katanya.
Menurutnya, sebanyak 38 kes atau 11 peratus adalah angka yang disumbangkan melalui saringan kluster.
Kesemua kes tersebut datang daripada tujuh (7) kluster aktif, dengan tiga (3) daripadanya adalah merupakan kluster baharu.
“Kluster Jalan Kiulu di Tuaran berpunca dari seorang pelajar SMK Tun Fuad, Kiulu yang berumur 14 tahun. Saringan Kontak Rapat kemudiannya dijalankan dan mendapati seramai 14 orang lagi positif…
“Punca jangkitan dan perebakan masih lagi dalam siasatan namun pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuat kesimpulan awal ia berpunca dari pergaulan dalam asrama.
“Kluster Puri Seberang di Keningau berpunca dark seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 SMK Keningau 1. Beliau mula bergejala pada Khamis lalu namun hanya memaklumkan kepada pihak sekolah semalam.
“Pihak sekolah kemudiannya menjalankan ujian kendiri ke atas beberapa orang pelajar lagi dan 18 pelajar didapati positif. Susulan insiden berkenaan, ujian pengesanan RT PCR dijalankan dan mendapati 19 pelajar positif.
“Kluster Jalan Terusan di Lahad Datu pula berpunca dari Indeks seorang pelajar Tingkatan 1 Asrama SMK Terusan.
“Saringan Kontak Rapat kemudiannya dijalankan dan jumlah kumulatif positif kluster setakat ini ialah 10 orang,” jelas Masidi mengenai tiga kluster terbabit.
Beliau berkata, kesemua yang terlibat adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah dirawat sewajarnya.
Dua (2) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 60 (40)
Sandakan – 40 (34)
Kota Marudu – 34 (64)
Beaufort – 34 (14)
Tuaran – 33 (40)
Putatan – 24 (8)
Penampang – 19 (41)
Tawau – 19 (13)
Papar – 18 (15)
Keningau – 13 (13)
Ranau – 10 (22)
Lahad Datu – 8 (2)
Sipitang – 7 (0)
Kota Belud – 6 (12)
Kunak – 4 (1)
Kinabatangan – 3 (2)
Tenom – 3 (3)
Tambunan – 2 (0)
Beluran – 2 (6)
Kudat – 2 (0)
Pitas – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Kuala Penyu – 0 (3)
Telupid – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





