Adrian Lasimbang Dilantik Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah

Adrian Lasimbang Dilantik Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Mantan Senator Dewan Negara Adrian Lasimbang kini menerajui Pertubuhan Suara Anak Sabah setelah dilantik sebagai presiden pertubuhan selepas mesyuarat Majilis Tertinggi pertubuhan yang diadakan pada 26 Januari.

Setiausaha Agung Pertubuhan Suara Anak Sabah, Haryady Bin Antutu menyatakan bahawa Adrian merupakan seorang aktivis Orang Asal yang cukup berpengalaman dan terkenal dalam pergerakan NGO di Malaysia yang sudah tentunya mampu menyumbang banyak idea dalam menjalankan program kemasyarakatan dan membawa isu rakyat khusunya berkenaan hak-hak anak Sabah.

Dalam ucapannya, Adrian telah menyatakan berberapa isu penting yang boleh diangkat oleh Pertubuhan antaranya adalah isu Tanah Adat Orang Asal, Ekonomi golongan petani dan isu hangat baru baru ini berkenaan perdagangan karbon melalui Perjanjian Pemeliharaan Alam Sekitar (NCA) yang telah mencetus kontroversi yang perlu diterangkan kepada rakyat.

Beliau mencadangkan untuk menganjurkan satu roadshow ke seluruh Sabah bagi menerangkan intipati perjanjian ini dan bagaimana ia boleh memberikan impak baik dan buruk kepada masyarakat khususnya komuniti yang masih bergantung kepada hasil hutan bukan kayu balak.

Pertubuhan Suara Anak Sabah adalah satu badan bukan Kerjaaan (NGO) yang ditubuhkan sebagai satu platform untuk menyuarakan isu-isu rakyat khususnya di Kawasan pendalaman Sabah dan menjalankan program membela hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan adalah memberi taklimat dan pendedahan berkaitan hak asasi Orang Asal Sabah dan isu semasa yang penting bagi rakyat Sabah.

Selain itu Pertubuhan juga menumpukan program membantu golongan petani, wanita dan belia dengan menganjurkan kursus berkaitan peningkatkan ekonomi dan seterusnya mereka keluar dari garis kemiskinan.

Acara ringkas penyampaian watikah perlantikan sebagai presiden telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Pn Nancy Lau. Dalam kesempatan itu, Adrian selaku Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah yang baru mengucapkan jutaan terima kasi kepada saudara En Clive Ilon mantan Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah semoga beliau dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang bermanfaat dan sentiasa dalam rahmat yang maha esa.

Harapan Pertubuhan Suara Anak Sabah mengalu-alukan semua belia-belia dan golongan veteran di bahagian Pedalaman dan Daerah Daerah lain untuk menyertai perjuangan ini demi masa depan generasi yang akan datang.