Persiapan Majlis Perasmian SAGA X Berjalan Lancar

Persiapan Majlis Perasmian SAGA X Berjalan Lancar

0
SHARE
Fairuz
Fairuz selaku Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persiapan bagi Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 berjalan lancar.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, semua yang terlibat memberikan kerjasama sepanjang persiapan diadakan.

“Setakat ini, persiapan bagi majlis perasmian hampir mencapai seratus peratus.

“Semua agensi yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah dan lain-lain memberikan komitmen yang baik bagi memastikan persiapan berjalan lancar.

“Kontinjen-kontinjen juga menunjukkan semangat yang kuat menjelang majlis perasmian yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

“Oleh itu, saya menjemput penduduk di sekitar Kota Kinabalu untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis perasmian yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya ketika ditemui media pada sesi raptai majlis berkenaan, pada Khamis.

Beliau juga menyarankan agar semua rakyat termasuk atlet SAGA X agar terus berhati-hati dan mengamalkan penjagaan kendiri berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Turut ketika sesi raptai ialah Setiausaha Tetap KBSS, Datuk Mansur Asun. — JABATAN PENERANGAN SABAH