NYAWA TAN SRI MUSA DALAM KEADAAN BAHAYA SELEPAS RUMAH DICEROBOH OLEH AHLI...

NYAWA TAN SRI MUSA DALAM KEADAAN BAHAYA SELEPAS RUMAH DICEROBOH OLEH AHLI PARTI WARISAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – NYAWA TAN SRI MUSA AMAN DALAM KEADAAN SANGAT BAHAYA, susulan pencerobohon oleh ahli Parti Warisan ke kawasan rumah kediaman Musa kelmarin

Menurut penyokong kepada Tan Sri Musa Aman, nyawa bekas Ketua Menteri Sabah itu kini benar-benar berada di dalam keadaan bahaya dan terancam selepas wujud desas-desus Kerajaan Warisan bakal tumbang di Sabah

Justeru, mereka meminta agar Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dapat mengarahkan anggota Polis di Sabah untuk meningkatkan kawalan keselamatan untuk melindungi Musa selepas pencerobohan ini berlaku.

Tan Sri Abdul Hamid Bador…

Sejak petang kelmarin beberapa keping foto membabitkan kawasan perkarangan rumah Tan Sri Musa Aman telah diambil secara ‘curi’ dan telah disebarkan oleh ahli Parti Warisan melalui laman media sosial Facebook sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat Sabah.

Sumber foto dipetik daripada perkongsian di laman media sosial Facebook milik Pasola…

Perbuatan ceroboh tersebut yang disyaki telah dilakukan oleh Ahli Parti Warisan itu turut mendedahkan nama, nombor kad pengenalan (MyKad) serta nombor flat pendaftaran kenderaan tetamu Tan Sri Musa Aman.

Sumber foto dipetik daripada perkongsian di laman media sosial Facebook milik Pasola…

Gerakan Anti-Shafie Apdal (GASA) dalam satu kenyataan pula berkata ahli Warisan yang menceroboh rumah Tan Sri Musa Aman seakan cuba meniru cara operasi pengganas Abu Sayyaf.

“Mereka begitu berani menceroboh harta hak persendirian dan berapa banyak agen yang mereka telah hantar untuk menyelinap masuk ke rumah Tan Sri Musa Aman sehingga tetamu yang hadir dapat dikenali siap dengan nama penuh beserta no MyKad mereka lagi.”

“Pihak Polis sepatutnya dapat memastikan keselamatan Tan Sri Musa sentiasa terjamin. Mereka (Parti Warisan) pasti akan melakukan kerja-kerja BODOH dan sanggup melanggar undang-undang untuk mempertahankan negeri Sabah.”

“Apa akan berlaku kalaulah ‘Dron’ tersebut membawa bom dan menggugurkan ke kediaman Musa, siapa yang akan dipertanggungjawabkan jika kejadian yang tidak diingini ini berlaku?. Harus diingat mutakhir ini pun kejadian bom ikan di Sabah di antara yang tertinggi di Malaysia dan jika diimbau kembali sebelum ini, pelancong temasuk seorang warga Semporna turut terkorban akibat bom ikan di Semporna,” jelas GASA.

Sumber foto dipetik daripada portal berita Bernama…
Sumber foto dipetik daripada portal berita Bernama…
Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …
Warga Filipina maut terkena bom ikan…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

“Bukti lain pula ialah pada Mei 2018 beberapa hari sebelum Shafie dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, kebanyakan warga asing Filipina telah berkumpul di Padang Merdeka berhampiran Istana, mereka telah berarak mengibarkan bender Warisan dan membuat bising seolah-olah Sabah tidak mempunyai undang-undang.”

“Oleh sebab itu asas untuk menyediakan pasukan keselamatan bagi melindungi Musa wajar dilakukan oleh pihak Polis dengan kadar yang segera,” tambah GASA lagi.

Berhubung isi pencerobohan oleh ahli parti Warisan menggunakan Dron ini, berikut merupakan beberapa komen daripada netizen yang marah dan tidak setuju dengan tindakan tersebut;