Penutupan, Naik Taraf Taman Tun Fuad Wajar – Winston

Penutupan, Naik Taraf Taman Tun Fuad Wajar – Winston

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Agensi Pelancongan & Pengembaraan Sabah (SATTA) mengalukan penutupan Taman Tun Fuad Stephens, Bukit Padang, sini, bagi tujuan naik taraf walaupun projek memakan masa dua tahun.

Presiden SATTA, Datuk Seri Winston Liaw berkata projek pengindahan Taman Botani Tun Fuad yang dimulakan Persekutuan sejak 15 tahun lalu harus disokong oleh penduduk tempatan.

“Kota Kinabalu adalah bandar pelancongan yang semakin berkembang. Jika semua kemudahan awam dibiarkan tanpa diselenggara dan dinaik taraf, ini menunjukkan kerajaan tidak menjalankan tugas mereka…

“Selepas dua tahun pada 2024, kita boleh menganggap Taman Botani Tun Fuad Stephen sebagai salah satu tarikan pelancong di mana kita boleh memasukkannya ke dalam jadual lawatan untuk pelancong domestik dan antarabangsa. 

“Jika Kota Kinabalu ingin menjadi sebuah bandar raya yang menarik, Dewan Bandaraya harus meluluskan lebih banyak projek untuk mempelbagaikan tarikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Winston yang juga Ketua Bahagian Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kota Kinabalu bahawa menambah dengan itu, rungutan pelancong antarabangsa boleh dihentikan.

“Selama bertahun-tahun mereka selalu berkata tiada tempat untuk membelanjakan wang di Kota Kinabalu, akhirnya kita yang rugi sendiri,” tambahnya.