Piala Dunia 2022: Dual Gol Mbappe Bawa Perancis Ke Suku Akhir

Piala Dunia 2022: Dual Gol Mbappe Bawa Perancis Ke Suku Akhir

0
SHARE
Penyerang Perancis, Olivier Giroud (kiri) dan Kylian Mbappe meraikan jaringan kedua pasukan mereka ketika menentang Poland di Stadium Al Thumama dekat Doha, Qatar...(Sumber Foto: AP)

DOHA – Bintang Paris Saint-Germain, Mbappe meledak dua gol menundukkan Poland 3-1 dalam aksi 16 terakhir Piala Dunia 2022 awal pagi tadi.

Penyerang veteran, Olivier Giroud yang membuka jaringan buat Les Bleus menerusi gol ke-52 peringkat antarabangsa yang mana sekaligus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman seterusnya mengatasi rekod sepanjang zaman Thierry Henry bersama Perancis.

Pada aksi perlawanan pagi tadi, Perancis melakukan serangan bertali arus namun tidak dapat menembusi kubu kuat Poland sehingga Mbappe membuka ruang untuk Giroud menewaskan penjaga gol, Wojciech Szczesny sebelum rehat yang menyaksikan jaringan ke-52 dirinya untuk Les Bleus.

Perancis yang juga juara bertahan terus mengasak selepas rehat, dengan Giroud hampir meledak gol kedua apabila dia menampan hantaran lintang Jules Kounde yang hanya sedikit melepasi tiang.

Namun Mbappe tidak melepaskan peluang pada minit ke-74 apabila melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti ke penjuru atas pintu gol.

Kylian Mbappe diasak pemain Poland, Matty Cash…(Sumber Foto: Reuters)

Mbappe menambah gol kedua pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan pasukannya selain menyaksikan dia mengumpul lima gol keseluruhan dalam kejohanan itu.

Poland mendapat gol saguhati daripada sepakan penalti Robert Lewandowski.

Perancis seterusnya akan menentang England yang berjaya menewaskan Senegal 3-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022.