Sebuah Gerai Bersama Tiga Motosikal Musnah Terbakar

Sebuah Gerai Bersama Tiga Motosikal Musnah Terbakar

0
SHARE

TAWAU: Sebuah gerai bersama tiga buah motosikal musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Jalan Bandar Mibo Lama pagi tadi.

Komenader Operasi, Mohd Yahya Abd Fattah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.04 pagi. 

Susulan dari panggilan kecemasan itu, seramai 16 anggota pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi dan agensi lain yang turut bersama-sama mereka adalah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan SESB.

“Kebakaran melibatkan sebuah gerai separuh kekal berkeluasan 50×70 kaki terbakar 100 peratus dan turut terbakar tiga buah motosikal terbakar 100 peratus. 

“Pasukan bomba bertindak memasam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan sumber air dari jentera dan water tanker.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.47 pagi.