Sabah Catat Kenaikan Dengan 707 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Kenaikan Dengan 707 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend kenaikan kes harian COVID-19 Sabah kembali dengan penambahan 175 kes baharu berbanding catatan semalam.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kumulatif 707 KES hari ini mengakibatkan penambagan kes pada 19 daerah.

“Cuma lapan (8) daerah mencatatkan penurunan kes,” jelasnya dalam sebuah rumusan harian kes.

Terdapat 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang signifikan iaitu Kudat +34 kes, Pitas +31 kes, Lahad Datu +26 kes, Putatan +21 kes, Kota Marudu +19 kes, Tawau +17 kes, Beaufort +17 kes, Keningau +13 kes, Kalabakan +11 kes dan Kota Belud +10 kes.

Antara daerah pula yang mencatatkan penurunan kes ialah, Kota Kinabalu -19 kes, Tenom -17 kes dan Ranau -14 kes.

Beliau berkata, jumlah kes sebenar yang berlaku dalam masa 24 jam lalu hanyalah 460 kes atau 65 peratus daripada jumlah kes kumulatif.

“Daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, golongan pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 86.14 peratus…

“Sebanyak 9.62 peratus kes adalah daripada Kategori 1, jumlah pesakit Kategori 3 adalah lima (5) orang dan seramai tiga (3) orang masing-masing dalam Kategori 4 dan 5. Sebanyak 19 kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Kuala Penyu mencatat sifar (0) kes pada hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (12 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Belud – 63 (53)
Kota Kinabalu – 55 (74)
Kudat – 52 (18)
Keningau – 51 (38)
Lahad Datu – 45 (19)
Putatan – 43 (22)
Ranau – 41 (55)
Tawau – 38 (21)
Kota Marudu – 37 (18)
Pitas – 36 (5)
Tuaran – 33 (24)
Sandakan – 30 (28)
Penampang – 28 (34)
Beaufort – 23 (6)
Tenom – 17 (34)
Papar – 15 (20)
Sipitang – 14 (6)
Telupid – 12 (15)
Beluran – 11 (6)
Kalabakan – 11 (0)
Kinabatangan – 10 (2)
Tambunan – 9 (12)
Nabawan – 9 (7)
Tongod – 9 (3)
Semporna – 8 (5)
Kunak – 7 (3)
Kuala Penyu – 0 (4)