107 Pelajar Hadir Program Pembangunan Sahsiah

107 Pelajar Hadir Program Pembangunan Sahsiah

0
SHARE
La salle
Haslina (depan, tengah) semasa sesi foto bersama para penceramah dan para peserta program ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 107 pelajar Tingkatan 6 rendah Sekolah Menengah (SM) La Salle menghadiri Program Pembangunan Sahsiah Bicara ‘Antara Cinta dan Cita-cita’.

Antara tajuk ceramah yang disampaikan adalah Perkahwinan Kanak-kanak Dari Perspektif Perundangan, Keluarga Dan Kesejahteraan selain mengupas motivasi perkembangan remaja yang lebih mencabar pada masa kini.

Program yang diadakan di Auditorium Bro Peter Phellan SM La Salle berkenaan dirasmikan oleh Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, pada Selasa.

Haslina berharap program seumpama itu mampu memberi kesedaran kepada para pelajar akan kepentingan mengejar cita-cita sebelum menempuh alam perkahwinan khususnya pada usia muda.

Program kolaborasi Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Negeri Sabah dan SM La Salle itu menampilkan tiga panel penceramah iaitu Peguambela dan Peguamcara Pusat Bantuan Wanita Sabah (PBGW), Noor Azah Abd Rahman, Kaunselor JHEWA, Dr Ananglangka Mad Kassim dan Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suzanna Piny. — JABATAN PENERANGAN SABAH