Sabah Pertimbang Semula Penganjuran Bersama Sukan SEA 2027

Sabah Pertimbang Semula Penganjuran Bersama Sukan SEA 2027

0
SHARE
Ellron
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin ( Sumber Foto: Ihsan KBS Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan untuk menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Ellron Angin berkata keputusan sebulat suara itu dibuat pada Rabu selepas meneliti dan menilai pelbagai aspek oleh ahli-ahli Jemaah Menteri mesyuarat dipengerusi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Ellron berkata cadangan awal Sabah menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027 masih memerlukan persetujuan Jemaah Menteri.

“Semalam, kami telah bersetuju bahawa Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan tersebut.

“KBS Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut bersama KBS Malaysia untuk mendapatkan perincian lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliay berkata akan bertemu dengan Menteri KBS Malaysia secepat mungkin untuk membincangkan dan memperjelaskan perkara itu secara terperinci yang mana hasilnya akan kemudian dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri Sabah.

“Meskipun begitu, kerajaan negeri amat menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk menganjurkan temasya ini dan akan memberikan sokongan penuh serta bekerjasama erat untuk memastikan kejayaan Sukan SEA 2027,” jelasnya.