GLOBAL: Manchester United secara rasmi telah memecat pengurus mereka Erik ten Hag selepas kelab bola itu tewas 2-1 kepada West Ham semalam.
Kekalahan itu dianggap sebagai permulaan yang memalukan bagi Liga Premier 2024/2025.
Pengurus berusia 54 tahun itu dimaklumkan oleh Manchester United mengenai keputusan itu hari ini.
Mengikut kenyataan rasmi Manchester United, Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih posisi itu buat sementara waktu.
“Erik ten Hag telah meninggalkan peranannya sebagai jurulatih pasukan utama Manchester United.
“Erik dilantik pada April 2022 dan membawa kelab ini merangkul dua piala domestik iaitu Piala Liga Inggeris(Carabao Cup) pada 2023 dan Piala FA pada 2024.
“Kami amat berterima kasih kepada Erik atas segala yang telah dilakukannya semasa menguruskan pasukan ini dan kami mendoakan yang terbaik untuknya pada masa hadapan.
“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih sebagai pengurus sementara dan disokong oleh para staff kejurulatihan yang ada ketika ini sementara kelab mencari pengganti,” ujar kenyataan itu.






