KM HAJIJI MENGETUAI BARISAN KABINET MENTERI TERIMA DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 DI...

KM HAJIJI MENGETUAI BARISAN KABINET MENTERI TERIMA DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19 DI SABAH

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima dos penggalak hari ini (20 Oktober 2021) sambil dilihat Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin...

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 60,000 petugas barisan hadapan (frontliners) dan 193,953 warga emas serta mereka dalam kumpulan berisiko tinggi layak mendapat dos penggalak vaksin COVID-19 bermula hari ini (20 Okt).

Melancarkan program penggalak dos di bawah Program Imunisasi Nasional COVID-19 (PICK), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pagi tadi, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengatakan ia akan dilangsungkan mengikut dua (2) peringkat.

Peringkat PERTAMA adalah untuk petugas barisan hadapan mulai hari ini (20 Oktober) sehingga 20 November.

Sementara itu, peringkat KEDUA adalah untuk warga emas berusia 60 tahun termasuk mereka yang mempunyai komorbiditi, bermulua 2 November, katanya.

Dos penggalak adalah PERCUMA di bawah PICK dan diberikan kepada penerima secara sukarela yang telah melengkapkan dos vaksinasi sekurang-kurangnya enam bulan sebelumnya.

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan bahawa dos penggalak hanya untuk mereka yang telah menerima vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech atau Comirnaty.

“Walaupun menerima dos penggalak adalah pilihan (tidak wajib) bagi individu, ia sangat digalakkan untuk mendapatkan perlindungan optimum dari COVID-19,” katanya, sambil menambah bahawa dos penggalak juga bagi mereka yang didapati mengalami imuniti yang merosot selepas enam bulan melengkapkan vaksinasi mereka.

Menurut Ketua Menteri, dos penggalak akan diberikan pada tempat yang dipilih kerajaan dan swasta di bawah pemerhatian ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

Individu yang layak akan diberitahu melalui aplikasi MySejahtera, sementara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan membuat pengumuman itu secara ringkas melalui pesanan ‘SMS’ atau panggilan telefon bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, Hajiji menggesa rakyat Sabah untuk jangan lupa diri berikutan kebenaran merentas daerah dan pembukaan beberapa sektor ekonomi dalam negeri ini.

“Pastikan bahawa kita mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Bukan hanya diri kita yang harus dilindung tetapi juga orang sekitar, terutamanya keluarga kita,” katanya.

Hajiji juga mendesak mereka yang belum divaksin untuk mengambilnya di mana-mana PPV, hospital dan klinik ataupun menghadiri program jangkaun yang berhampiran mereka.

“Silakan pergi dan dapatkan vaksin. Kita mahu meratakan lengkungan COVID-19 sebanyak mungkin,” katanya.

Pada 18 Oktober (Isnin), 70.8 peratus (70.8%) orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Sabah telah divaksin sepenuhnya sementara 319,707 atau 73.67 peratus (73.67%) daripada 434,000 remaja berumur 12 tahun ke atas telah menerima satu dos vaksin.

Kira-kira 50.31 peratus (50.31%) atau 218,367 remaja (berumur 12 tahun ke atas) di negeri ini telah diberi vaksin lengkap pada Isnin.

Hajiji mengatakan bahawa 2,355,859 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos COVID-19 sementara 2,140,780 juta telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Ketua Menteri juga mengetuai barisan Kabinet Menteri Negeri untuk menerima suntikan penggalak bagi sebagai pelancaran program.