VIRAL KERETA ANTIK DITEMUI DIGUDANG LAMA BERNILAI MELEBIHI RM5 JUTA

VIRAL KERETA ANTIK DITEMUI DIGUDANG LAMA BERNILAI MELEBIHI RM5 JUTA

0
SHARE

LONDON – Sebuah gudang yang ditemui mengandungi 174 buah kereta antik pelbagai jenis di bandar utara London, Tottenham yang mana kesemuanya bakal dilelong dengan pembukaan harga £1 juta (RM5.74 juta) pada laman web eBay.com.

Seorang YouTuber melaui rancangan (channel) TheTFJJ, yang mengumumkan penemuan itu minggu lalu menggambarkannya sebagai perkara paling luar biasa yang dia pernah melihat.

Pengendali penjualan, London Barn Finds, mendapati kereta-kereta berkenaan adalah hasil seorang pengumpul selama tempoh dua dekad.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO yang menunjukkan kereta antik terbiar di dalam sebuah bangsal besar di Tottenham, London Utara…

Autoevulotion.com melaporkan seorang bernama Freddie Fison yang mewakili pihak pengumpul kereta itu berkata semua kenderaan itu disimpan dengan “penuh kasih sayang” namun tidak pernah bermaksud untuk membiarkan ia diliputi habuk dan berlumuran najis burung.

“Si pemilik meletak koleksi kenderaan antiknya dalam gudang terbabit kerana ia tempat yang selamat. Setiap satu kereta dipandu masuk pemiliknya sendiri dan sebab dia akhirnya bersetuju untuk menjual longgokan itu kerana majlis daerah telah menuntut semula gudang terbabit,” katanya.

London Barn Finds berkata setiap kereta akan disenaraikan di eBay bagi peluang adil untuk membida tetapi beberapa buah telah pun dijual semasa satu pameran terbuka diadakan untuk orang awam minggu lalu.

Antara kenderaan yang termahal dalam koleksi tersebut adalah sebuah MG MGA buatan tahun 1960 yang bernilai £25,000 (RM 143,400) dan termurah, Citroen Berlingo buatan tahun 2000 bernilai £100 (RM573).

Antara kereta-kereta antik yang berada di gudang tersebut…

Lain-lain kereta yang menarik terdiri daripada koleksi tahun 1940 sehingga akhir 2000 adalah Mercedes 350SL tahun 1975, BMW 635CSI 1989, Porsche 911 1973, Mercedes 280SL 1983 dan 380SL 1981, Triumph Spitfire MK4 1971, MG MGB 1973, Nissan 300ZX 1989, Mercedes 300SE 1986, beberapa buah campervan, pacuan empat roda Land Rover dan jenama Morris Minor yang sudah dihentikan pembuatan.

Antara kereta-kereta antik yang berada di gudang tersebut…

Media British pula melaporkan kebanyakkan dari kereta terbabit mungkin tidak pernah dibayar cukai selama tarikh simpanan.

London Barn Finds sedang meneliti 15 kotak penuh dengan dokumen setiap kereta yang diberikan pemilik yang menegaskan semua kenderaan masih berfungsi.

Penemuan 15 kotak penuh dengan dokumen setiap kereta yang diberikan pemilik…