PUNS Bantu Penduduk Kampung Terjejas Banjir Di Penampang Dan Papar

PUNS Bantu Penduduk Kampung Terjejas Banjir Di Penampang Dan Papar

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) telah mengumpul 1,000 katon Air Mineral untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir baru baru ini di sekitar Kampung Sugud, Penampang dan Kampung Labak Kinarut, Papar.

Misi Bantuan Banjir PUNS dilancarkan sejak awal bulan Oktober 2021 iaitu membantu dalam kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini serta memulakan usaha dan inisiatif

Turut sama-sama menjayakan perjalanan selama empat minggu antaranya adalah Tung Fatt Youth Lion Dance Association, Surelog 4×4 Kota Marudu, Team You Matter, The Male-Efficient, sukarelawan, dan ahli-ahli PUNS termasuklah mantan Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah.

“Setakat ini, Persatuan UNS telah menghantar 750 katon air mineral 1.5 Liter ke Kampung Sugud, Penampang, Kampung Labak, Kinarut dan Kampung Bisuang Kaiduan, Kinarut Papar…

“Air mineral ini akan diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan kampung yang masih memerlukan sumber air bersih sementara bekalan air yang terputus akibat banjir sedang dalam kerja-kerja pembaikan,” persatuan itu berkata.

Beberapa mantan Unduk Ngadau dan ahli persatuan bergotong royong mengagihkan air mineral dan membersihakan kawasan terjejas di Kampung Sugud…

Misi diteruskan lagi dengan menghantar dan mengagihkan 250 katon air mineral 1.5 liter di Kampung Sugud, Penampang pada hujung minggu ini.

“Bagi pihak Persatuan UNS, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua para penderma budiman dan sukarelawan diatas sumbangan, sokongan serta khidmat bakti bagi menjayakan Misi Bantuan Banjir PUNS…

“Terima Kasih juga diucapkan kepada YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah; Wakil Rakyat Dun Limbahau, Papar YB Datuk Juil Nuatim; Ketua Kampung Labak, Kinarut Papar, iaitu Tuan Felix dan JKKK Kampung Bisuang, Kaiduan Papar, serta ahli jawatankuasa banjir Kampung Sugud, iaitu di Gereja Assumption of Our Lady Catholic Church Kampung Sugud, Penampang yang hadir bersama untuk menerima bantuan serta memberi sokongan dalam menjayakan misi ini,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan atau berminat untuk mengikuti aktiviti sukarelawan bersama dengan Persatuan Unduk Ngadau Sabah, boleh hubungi Audrey di talian 0195330404.