Hikmah Terlepas ‘Flight’, Atlet Taekwando Sabah Berjaya Raih Pingat Emas

Hikmah Terlepas ‘Flight’, Atlet Taekwando Sabah Berjaya Raih Pingat Emas

0
SHARE
Hikmah terlepas 'flight' Atlet Taekwando Sabah berjaya raih emas

KOTA KINABALU: Hikmah hampir terlepas ‘flight’, Atlet Taekwando Sabah berjaya menghadiahkan rakyat Sabah dengan meraih pingat emas dalam Kejohanan Taekwondo Antrarabangsa Hwarang Warrior 2024 di Kuala Lumpur.

Harapan cerah atlet-atlet muda teakwando Sabah untuk mengharumkan nama negeri di kejohanan itu hampir musnah apabila pasukan mereka terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Namun, berkat semangat juang dan bantuan orang ramai, mereka akhirnya berjaya menyertai kejohanan berprestij tersebut.

Menurut sumber, pasukan it sepatutnya menaiki pesawat tambang murah dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada jam 9.30 pagi.

Tetapi disebabkan kelewatan jadual penerbangan, mereka tiba di Sandakan lewat daripada masa yang dirancang dan terlepas penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Berita malang itu tersebar luas dalam talian hingga netizen seluruh Malaysia bersatu hati mengumpul dana untuk membeli tiket penerbangan baharu bagi memastikan pasukan itu dapat bertanding.

Hasilnya, kira-kira RM18,000 berjaya dikutip melalui tabung dalam talian dalam masa singkat, iaitu hanya lebih kurang empat jam.

Dengan bantuan itu, pasukan taekwando ini kemudian bergegas untuk bertolak ke Kuala Lumpur dan setibanya mereka di sana, mereka mula menunjukkan aksi cemerlang dengan meraih pingat emas pertama menerusi atlet Leonell Bellvin.

Syabas dan tahniah, semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang indah untuk mereka meraih lebih banyak lagi kemenangan demi mengharumkan nama Sabah serta Malaysia di peringkat antarabangsa.