UPKO Tidak Letak Calon Di Kota Belud Sebaliknya Pertahankan Kadamaian

UPKO Tidak Letak Calon Di Kota Belud Sebaliknya Pertahankan Kadamaian

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) tidak bercadang meletakkan calon di parlimen Kota Belud sebaliknya akan memperkemaskan jentera di peringkat cawangan bagi menghadapi pilihanraya negeri seterusnya yang sepatutnya diadakan pada tahun 2025.

Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick juga menyatakan sokongan parti akan pergi kepada mana-mana rakan gabungan nasional Pakatan Harapan.

“Tetapi jika saya masih Ketua Bahagian Upko Kota Belud selepas mesyuarat agung Bahagian tahun ini, saya akan memaklumkan pucuk pimpinan parti yang kita tidak akan meletakkan calon di parlimen Kota Belud,” katanya…

Menurutnya, beliau akan memberikan tumpuan besar kepada peranan dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.

“Di Kadamaian, banyak yang menyatakan mereka tidak menyokong parti tetapi kepada personaliti.

“Justeru Upko perlu melahirkan personaliti-personaliti yang boleh diterima rakyat di Kadamaian melalui perkhidmatan, pelayanan dan perjuangan rakyat yang dilaksanakan,” katanya.

Ewon berkata mungkin beiau tidak lagi boleh mengagih peruntukan seperti sebelum ini, tetapi tetap boleh berkhidmat dan menyantuni rakyat.

“Saya juga akan menggunakan tempoh ini untuk mempersiapkan Upko Kadamaian melahirkan personaliti-personaliti baharu yang akan menggantikan saya dan mempertahankan kemenangan Upko di Kadamaian dalam pilihanraya negeri yang akan datang,” katanya.

Ewon menyatakan demikian semasa berucap merasmikan pelancaran serentak mesyuarat agung tritahunan cawangan-cawangan Upko Bahagian Kota Belud hari ini.