Peningkatan 40 Kes COVID-19 Sejajar Dengan Sampel Ujian

Peningkatan 40 Kes COVID-19 Sejajar Dengan Sampel Ujian

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu meningkat kepada 285 kes hari ini iaitu pertambahan 40 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan kes baharu hari ini sejajar dengan pertambahan sampel ujian.

“Jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,189 berbanding hanya 2,198 kelmarin…

“Kadar positiviti masih tinggi iaitu 11.35 peratus, walaupun rendah sedikit daripada 12.19 peratus kelmarin,” katanya dalam rumusan harian kes.

Menurutnya, lapan daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka termasuk Kota Kinabalu yang mencatatkan kes tiga angka kelmarin.

Antara daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Lahad Datu 22 kes (+19), Tuaran 19 kes (+11), Keningau 12 kes (+9), Sipitang 7 kes (+7) dan Ranau 8 kes (+6).

“Kota Kinabalu dengan 92 kes turun 9 kes dan Beaufort turun 5 kes dengan hanya mencatatkan satu jangkitan baharu…

“Lima daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” tambahnya.

Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 92 (101)
Sandakan 29 (28)
Tawau 29 (32)
Lahad Datu 22 (3)
Tuaran 19 (8)
Penampang 15 (16)
Keningau 12 (3)
Papar 10 (11)
Kota Belud 9 (9)
Putatan 8 (11)
Ranau 8 (2)
Sipitang 7 (0)
Tambunan 6 (3)
Kudat 4 (0)
Kota Marudu 3 (0)
Semporna 3 (0)
Kuala Penyu 2 (2)
Telupid 2 (0)
Tenom 2 (2)
Beaufort 1 (6)
Nabawan 1 (0)
Pitas 1 (0)
Beluran 0 (3)
Kalabakan 0 (2)
Kinabatangan 0 (2)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (1)