Pembuangan 5,000 Kakitangan Petronas Tiada Kena Mengena Dengan Isu Petros

Pembuangan 5,000 Kakitangan Petronas Tiada Kena Mengena Dengan Isu Petros

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pengurangan 10 peratus atau 5,000 kakitangan Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) secara berperingkat tahun hadapan tiada kena mengena dengan isu syarikat minyak negara itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, rancangan penstrukturan semula Petronas adalah berikutan penurunan harga minyak mentah.

“Itulah sebabnya Petronas perlu menilai semula keseluruhan operasinya. Saya merancang satu pertemuan dengan mereka untuk mendapatkan taklimat lanjut serta memastikan jumlah pemberhentian dapat dikurangkan, jika tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis ibadah korban Aidiladha di Masjid Taman Hussein, Kuching, di sini hari ini.

Petronas dan Petros telah berselisih pendapat selama lebih setahun berhubung peranan sebagai pengagregat gas di Sarawak.

Penyelesaian sepatutnya dicapai pada 1 Julai 2024 namun kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak telah mencapainya hanya pada 21 Mei lalu.

Sarawak mencabar penguasaan Petronas ke atas rizab minyak dan gas Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 yang memberikan syarikat minyak dan gas negara itu, kawalan ke atas semua rizab hidrokarbon negara.

Sarawak memiliki kira-kira 60 peratus daripada rizab gas negara dan menyumbang 90 peratus daripada eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia. Fakta ini mendorong syarikat milik negeri, Petros, menuntut hak eksklusif sebagai pengagregat gas.