Anjing Temui Kaki Manusia Di Tanah Perkuburan

Anjing Temui Kaki Manusia Di Tanah Perkuburan

0
SHARE

SIBU, SARAWAK Seekor anjing bertindak di luar kebiasaan apabila mengheret kaki manusia sehingga mengemparkan penduduk setempat yang kemudian memaklumkannya kepada Balai Polis Lanang di sini.

Menuru sumber dipetik Sarawak Voice, deria bau anjing liar berkenaan yang tajam telah menjumpai bahagian kaki manusia yang dipercayai ditanam di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Dr Collin Babat berkata, kaki terbabit ditemui di kawasan tempat parkir sebuah kedai besi buruk yang terletak berhampiran kubur berkenaan sekitar jam 8 pagi.

“Bahagian tapak kaki kiri sehingga paras bawah lutut itu ditemui oleh seorang pekerja kedai berkenaan yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Lanang…

“Sepasukan anggota polis dari balai berkenaan dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kemudian bergegas ke lokasi itu untuk menjalankan siasatan,” katanya di sini.

Collin memberitahu, polis juga turut menggunakan khidmat unit anjing pengesan K9 yang kemudiannya menemui satu beg plastik yang biasa digunakan oleh pihak hospital untuk menyimpan sisa-sisa buangan ditemui di kawasan tanah perkuburan itu.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut menemui kesan tanah digali yang dipercayai tempat bahagian kaki itu ditanam.

“Kita percaya bahagian kaki itu disimpan dalam beg plastik dan ditanam di tanah perkuburan Cina Bukit Lima namun dikorek oleh anjing liar sebelum mengheretnya ke kawasan penemuan. Mungkin kaki ini tidak ditanam sedalam yang mungkin yang akhirnya anjing liar dapat mengoreknya semua,” jelas beliau.