KOTA BELUD: Sepasang suami isteri meninggal dunia bersama dalam pertembungan motorsikal dan kereta pacuan empat roda di Kg Lebak Moyoh, Jalan Pekan Kota Belud tengah hari tadi.
Kedua-dua mangsa menaiki motorsikal jenis Yamaha 125 itu berumur 29 tahun. Dalam pada itu, pemandu Toyota Land Cruiser terbabit tidak mengalami sebarang kecedeeraan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 1.23 tengah hari,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Dalam kes berasingan di Tuaran, fikiran seorang lelaki untuk mengambil nyawa sendiri sempat diubah.
Mangsa berumur 36 tahun berkenaan berkurung di dalam bilik di Taman Feliamas dalam kejadian kira-kira 8.50 malam.
“Mangsa telah ditenangkan oleh orang keluarga mangsa sebelum jentera tiba dilokasi…
“Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 9.15, malam” lapor sumber yang sama.





