JENTERA PILIHAN RAYA BERSAMA GRS-BN DI TUARAN

JENTERA PILIHAN RAYA BERSAMA GRS-BN DI TUARAN

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Bersatu dan Umno di sini akan membentuk jentera pilihan raya bersama di Sulaman dan Pantai Dalit bagi memastikan kemenangan calon Parlimen Tuaran Datuk Joniston Bangkuai.

Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kedua-dua parti akan bekerja keras untuk memastikan calon GRS menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke-15 di sini.

Bercakap pada majlis perhimpunan bersama pemimpin Umno bahagian Tuaran dan Bersatu Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini, Hajiji berkata keputusan meletakkan Joniston iaitu Adun Kiulu dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dibuat demi kepentingan kawasan itu.

“GRS ditubuhkan atas persefahaman bahawa sudah tiba masanya untuk kita semua bekerjasama untuk membangun Sabah…

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu. Terlalu banyak berpolitik sehingga tanggungjawab untuk membangunkan negeri tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah sebab Sabah adalah negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun kaya dengan sumber alam adalah disebabkan terlalu banyak perbalahan politik.

“Jadi sudah tiba masanya kita hentikan perbalahan politik ini dan tumpukan perhatian untuk membangunkan negeri sebaliknya,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga merupakan calon GRS Tuaran, Ketua Umno Tuaran dan calon Barisan

Nasional (BN) candidate Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Jasnih Daya yang juga Timbalan Ketua Umno Tuaran dan ADUN Pantai Dalit.