SYDNEY, AUSTRALIA β Satu lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi Tonga, demikian menurut stesen pemantauan berpangkalan di Darwin, Australia hari ini iaitu DUA (2) hari selepas letusan gergasi mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik.
Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin dalam satu kenyataan amaran yang dipetik AFP memaklumkan letusan terbaharu itu dikesan pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) tadi.
Selain itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan bahawa pihaknya turut mengesan ombak besar di kawasan itu.
βIni mungkin disebabkan oleh satu lagi letusan gunung berapi Tonga…
Tiada gempa bumi kuat yang berlaku dan boleh menghasilkan ombak ini,β katanya.
Letusan gergasi gunung berapi bawah laut di Tonga dua hari lalu sungguh kuat sehinggakan ia dapat dikesan di seluruh dunia dan mencetuskan tsunami yang melanda pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat.