KUALA LUMPUR – Individu 12 tahun ke atas yang belum melengkapkan dos primer boleh mendapatkan dos satu dan dua secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jenis vaksin yang akan diberikan adalah bergantung kepada bekalan yang disediakan di PPV serta mengikut garis panduan pemberian vaksin.
“Individu berusia genap 12 tahun hingga 17 tahun hanya boleh menerima vaksin jenis Pfizer,” katanya dalam satu kenyataan.





