Amaran Cuaca Buruk Di Sabah Pada Pagi Ini

Amaran Cuaca Buruk Di Sabah Pada Pagi Ini

0
SHARE

PETALING JAYA – Fenomena ribut petir, hujan lebat serta angin kencang akan melanda di negeri Sabah pada pagi ini.

Amaran cuaca buruk itu dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan dijangkakan berlaku sehingga lewat pagi.

Ia diramalkan tertumpu di negeri Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas)…

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.