Fenomena Salji Turun Di Gunung Kinabalu Bukan Perkara Mustahil

Fenomena Salji Turun Di Gunung Kinabalu Bukan Perkara Mustahil

0
SHARE
Tangkap layar salah satu video yang menunjukkan keadaan salji yang turun di Gunung Kinabalu...

PETALING JAYA – Beberapa rakaman yang menunjukkan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu pada pagi kelmarin telah tular di media sosial.

Rata-rata netizen di media sosial berkongsi keterujaan mereka apabila melihat kejadian yang sangat sangat jarang berlaku di Gunung Kinabalu.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menjelaskan bahawa kejadiaan salji di kawasan pergunungan adalah bukan perkara yang mustahil.

“Fenomena sajli di tanah tinggi seperti di Gunung Kinabalu bukan sesuatu yang mustahil, ini kerana apabila suhu udara mencecah 0 darjah Celsius atau dibawah suhu tersebut, salji boleh terbentuk,” kata Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menerusi satu perkongsian di Twitter.

Tambah Muhammad Helmi, salji boleh terbentuk dengan syarat apabila terdapat kelembapan yang mencukupi dan suhu persekitaran sejuk…

Sebelum itu, tular di media sosial beberapa rakaman memaparkan kejadian salji yang berlaku di Gunung Kinabalu hasil perkongsian para pendaki di sana.