VTL Akan Pulihkan Industri Pelancongan Sabah – Jafry

VTL Akan Pulihkan Industri Pelancongan Sabah – Jafry

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), menyarankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah meneliti dan mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara melalui Singapura.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, sudah masanya negeri Sabah mengikut langkah Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.

“Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kementerian kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian.

“Saya yakin Kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar…

diikuti dengan prosedur operasi standard yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini,” katanya.