KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah meneruskan trend penurunan dengan jumlah 1,515 KES hari ini iaitu 263 lebih rendah daripada semalam.
Penampang mencatat penurunan kes tertinggi (-103 kes) yang juga jumlah sama bagi kes baharu daerah itu hari ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Beaufort juga mencatat penurunan yang agak besar (-54 kes) berbanding sebelumnya.
Namun katanya, penurunan jumlah kes baharu secara keseluruhan tidak harus melalaikan masyarakat daripada mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa.
“Trend menurun boleh dengan cepat bertukar sebaliknya, apatah lagi dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 62 peratus daripada semua kes hari ini.
“Trend menurun hanya boleh bertahan sekiranya semua kita mematuhi secara konsisten semua SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam rumusan harian.
Masing-masing lima (5) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3 dan 5 manakala tujuh (7) lagi dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes semalam.
Kota Kinabalu 479 (511)
Tuaran 133 (168)
Penampang 103 (206)
Papar 87 (97)
Keningau 76 (77)
Tawau 68 (91)
Kota Marudu 64 (54)
Kota Belud 49 (83)
Kuala Penyu 45 (26)
Sandakan 43 (54)
Tambunan 41 (16)
Tenom 38 (41)
Sipitang 37 (59)
Beaufort 32 (86)
Kudat 32 (11)
Ranau 30 (24)
Putatan 28 (15)
Lahad Datu 24 (46)
Pitas 23 (17)
Beluran 18 (18)
Nabawan 18 (17)
Telupid 12 (10)
Kinabatangan 12 (9)
Tongod 12 (20)
Semporna 6 (6)
Kunak 4 (4)
Kalabakan 1 (12)





