PENAMPANG, SABAH – Seorang penunggang motosikal cedera parah setelah bertembung dengan kenderaan Perodua Alza di bulatan Towering di sini.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda berumur 57 tahun diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dalam insiden kira-kira 9 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Queen 1 menggunakan Ambulans.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mankala melaporkan pemandu kereta yang berumur 52 tahun tidak mengalami sebarang kecedaraan.
“Pasukan Bomba Balai Penampang membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan dan menamatkan operasi pada jam 9.30,” katanya.





