Penunggang Motosikal Parah Bertembung Perodua Alza

Penunggang Motosikal Parah Bertembung Perodua Alza

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang penunggang motosikal cedera parah setelah bertembung dengan kenderaan Perodua Alza di bulatan Towering di sini.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda berumur 57 tahun diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dalam insiden kira-kira 9 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Queen 1 menggunakan Ambulans.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut. – Foto Ihsan Bomba…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mankala melaporkan pemandu kereta yang berumur 52 tahun tidak mengalami sebarang kecedaraan.

“Pasukan Bomba Balai Penampang membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan dan menamatkan operasi pada jam 9.30,” katanya.