IBU KELAR LEHER ANAK DAN HANTAR FOTO PADA WHATSAPP SUAMI

IBU KELAR LEHER ANAK DAN HANTAR FOTO PADA WHATSAPP SUAMI

0
SHARE
Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita tergamak mengelar leher anak lelakinya yang baru berusia satu tahun enam bulan di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira tengah hari semalam, wanita tersebut sempat menghantar gambar anak lelakinya yang berlumuran darah selepas dikelar kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp. 

Ketua Polis Johor, ACP M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 1.30 tengah hari yang menyaksikan kanak-kanak lelaki itu maut selepas dikelar ibu kandungnya.

Beliau berkata, tangkapan berjaya dibuat ke atas suspek warga tempatan yang berusia 32 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa…

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Kumar, kes diklasifikasikan dan disiasat di bawak Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk dibedah siasat,” katanya.