TUARAN, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tiada tentangan dengan cadangan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bagi menamakan semula pentadbiran Kerajaan Negeri sebagai Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN).
“Malah, ini telah dipersetujui sebelum pilihan raya negeri lalu bahawa BN akan bekerjasama dalam pakatan GRS walaupun BN sudah berada dalam perikatan lain dan tidak boleh berada dalam GRS…
“Tetapi dalam kerajaan negeri ia berbeza, ia adalah pakatan antara GRS dan BN…
“Jadi mulai hari ini kita akan panggil Kerajaan Negeri GRS-BN,” kata Hajiji yang juga pengerusi ‘pro-team’ GRS ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Tamparuli di sini hari ini.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri membuat gesaan itu selepas GRS secara rasmimya berdaftar sebagai gabungan politik yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Progressive Party (SAPP) and Parti Bersatu Sabah (PBS).
Sebelum pendaftarannya, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, BN dan PBS. Komponen BN ialah UMNO, MCA, MIC dan PBRS.
Walaupun BN bukan sebahagian daripada GRS yang didaftarkan secara rasmi, Bung berkata namun begitu pihaknya tetap menyokong kerajaan GRS dan sebahagian daripada pakatan politik yang memenangi pilihan raya negeri yang lalu.
Bung telah berkata bahawa adalah tidak adil jika BN tidak disebut sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.





