Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Buah Negeri Termasuk Sabah

Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Buah Negeri Termasuk Sabah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Amaran ribut petir telah dikeluarkan hari ini melibatkan negeri Sabah Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran cuaca buruk di Sabah merangkumi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat…

Jelas beliau hujan lebat, ribut petir serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Selain itu, di Terengganu pula, amaran cuaca buruk juga berada di sekitar Besut dan Setiu.

“Bagi negeri Selangor, keadaan yang sama dilaporkan berlaku di Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta keseluruhan Melaka,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.