Mangsa Yang Hilang 3 Hari Di Kampung Giling Larikan Diri Ketika Ditemui

Mangsa Yang Hilang 3 Hari Di Kampung Giling Larikan Diri Ketika Ditemui

0
SHARE
Kawasan hutan di mana mangsa dipercayai menghilangkan diri...

TUARAN, SABAH – Penat lelah pasukan bomba mencari orang yang hilang selama tiga (3) hari di Kampung Giling di sini akhirnya ditemui, namun apabila mangsa melarikan diri ketika mana telah ditemukan.

Pegawai Operasi PKPgB Mohd Qawie Gapar berkata apabila anggota bomba menghampiri mangsa, Tuin Lolohan, 32, pada 4.30 petang kelmarin, lelaki tersebut terus melarikan diri ke dalam hutan.

“Operasi seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut sumber dari agensi yang sama, mangsa diburu pihak polis berhubung jenayah dadah dan juga dikatakan sebagai mengalami penyakit mental.

Qawie berkata maklumat dari ahli keluarga mendapati kali terakhir mangsa dilihat adalah pada jam 10:00 pagi Isnin lalu sebelum beliau lari masuk ke dalam hutan.