KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 di Sabah melonjak naik dengan peningkatan 92 kes dari sebelum ini yang mana telah membawa kepada jumlah 322 KES kelmarin (Sabtu).
Jurucakap COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kenaikan itu berpunca daripada ‘Kluster Tembok’ di Penjara Tawau dan Kepayan.
“Hampir semua yang terlibat merupakan tahanan atau banduan yang sedang menjalani hukuman…
“Secara keseluruhannya 74 peratus kes baharu ini adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan kontak rapat yang diperolehi melalui saringan bersasar,” jelasnya.
Masidi juga memaklumkan SATU (1) kematian direkodkan di daerah Tawau.
Tiada kluster baharu dilaporkan, namun dua (2) kawasan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 hingga 18 Julai.
“Setelah membuat penilaian risiko, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melaksanakan perintah tersebut di Taman Zifa, Bingkul di daerah Beaufort dan Kampung Simpangan di daerah Kota Marudu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” kata Masidi.