ROM, ITALI – England menang bergaya untuk menempah tiket ke separuh akhir Euro 2020 selepas mudah membelasah Ukraine 4-0 awal pagi tadi.
Kapten England, Kane memberikan The Three Lions permulaan yang baik pada seawal tempoh empat minit babak pertama perlawanan, sebelum perlawanan tampak sudah berakhir pada awal babak kedua menerusi tandukan Harry Maguire serta jaringan kedua Kane.
Jordan Henderson yang masuk dari bangku simpanan turut meledakkan gol pertamanya buat England pada penampilan ke-62.
Skuad kendalian Gareth Southgate, England mara ke separuh akhir buat kali ketiga dan akan berdepan Denmark yang mana terlebih awal menempah slot ke separauh akhir selepas mengalahkan Republik Czech 2-1.