KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang tukang kebun dijumpai dengan mulut berbuih pada semak hutan di belakang Taman Chanyai Villa di Likas, sini, kelmarin.
Penemuan mangsa, Lukas Tupe, 51, pada sekitar 1 tengah hari dibuat oleh adiknya setelah panggilan telefon tidak dijawab dan mangsa tidak didapati berada di rumahnya.
Ketua Polis Daerah, ACP Zaidi Abdullah berkata mangsa disuruh membuat pemeriksaan tanah runtuh oleh majikannya di kawasan bukit taman perumahan sehari sebelum itu.
“Doktor Harshinu dari Hospital Queen Elezabeth ll mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 3.30 petang…
“Mengikut keterangan dari adik mangsa, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya.
“Isteri mangsa bekerja sebagai pembantu rumah yang tinggal dengan majikannya di Luyang, dan akan balik setiap hujung bulan,” kata Zaidi.
Difahamkan, mangsa mengalami penyakit darah tinggi sejak dua (2) tahun yang lepas.
“Mengikut maklumat, mangsa pernah mendapatkan rawatan di hospital dan makan ubat darah tinggi tetapi telah berhenti sejak kebelankangan ini,” jelas Zaidi.
Walau bagaimanapun, Siasatan polis di tempat kejadian tidak menunjukkan unsur perbuatan jenayah.
Mayat mangsa telah dirujuk ke Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk saringan COVID-19 dan tujuan bedah siasat.