Pantai Timur Sabah Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Malam Ini

Pantai Timur Sabah Diramal Hujan Lebat, Ribut Petir Malam Ini

0
SHARE
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Diramalkan kawasan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 9 malam, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) pada 5.30 petang tadi, antara kawasan Pantai Timur Sabah yang terlibat ialah, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan. 

Manakala, amaran ribut petir turut sama dikeluarkan bagi negeri Sarawak yang melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang.

Selain itu bagi kawasan Semenanjung, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Jelas kenyataan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.