SPRM Tahan 3 Individu Berkaitan Kes Rasuah Di Tawau

SPRM Tahan 3 Individu Berkaitan Kes Rasuah Di Tawau

0
SHARE
Gambar Hiasan...

TAWAU, SABAH – Tiga (3) individu termasuk pasangan suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam di sekitar Tawau berkaitan dua (2) kes rasuah yang berasingan.

Menurut sumber yang dipetik Bernama, SPRM Tawau menahan sepasang suami isteri berumur 30-an pada 10.30 pagi tadi kerana dipercayai mengemukakan maklumat palsu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pada tahun 2017.

Pasangan itu dipercayai membuat perkara berkenaan, bagi mendapatkan tender kantin sekolah bernilai RM100,000.

Dalam kes berasingan, SPRM Tawau turut menahan seorang Pembantu Tadbir Kewangan berusia 54 tahun, yang bertugas di sebuah hospital pada 2 petang semalam, kerana menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan RM16,000.

Lelaki difahamkan menggunakan jawatannya untuk meluluskan proses pembayaran kerja-kerja penyelenggaraan kuarters kerajaan, kepada sebuah syarikat yang sebenarnya adalah milik suspek sendiri bagi mendapatkan wang itu.

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit.

Difahamkan kesemua suspek bagi kedua-dua kes itu, akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, hari ini untuk pertuduhan.