KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.15 petang tadi.
Allahyarham yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang kerana mengalami serangan jantung.
Menurut sumber, Allahyarham dilaporkan mengalami sesak nafas dan rebah secara tiba-tiba ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Resort Golf & Country Resort pada jam lebih kurang jam 2.30 petang di padang golf.
Pekara itu menyebabkan Allahyarham dengan segera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Bentong dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.15 petang.
Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim malam ini juga.
Allahyarham sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2017.
Dalam pilihanraya umum yang lalu, Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di Slim dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon BERSATU dan PAS.