KUDAT, SABAH – Pencarian seorang nelayan diteruskan pihak Bomba setelah lelaki itu dilaporkan jatuh ke dalam perairan Laut Bak-Bak, sini.
Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan kecemasan berhubung kes daripada Ibu pejabat Polis Daerah Kudat pada jam 6 petang semalam (Rabu).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah (PGO) berkata, mangsa, Adrin Judin, 29, dilaporkan terjatuh semasa bertolak balik ke Jeti Aseng selepas menjalankan aktiviti menangkap ikan.





