Singapura Sambut Aidilfitri Pada 3 Mei, Brunei Dan Indonesia Pada 2 Mei

Singapura Sambut Aidilfitri Pada 3 Mei, Brunei Dan Indonesia Pada 2 Mei

0
SHARE

SINGAPURA – Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada Selasa (3 Mei) di Singapura, manakala Brunei dan Indonesia akan menyambutnya pada hari ini iaitu Isnin (2 Mei) sama seperti Malaysia.

Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan bahawa hari pertama Syawal 1443H/2022 bagi negara itu jatuh pada hari Selasa, (3 Mei 2022) dalam satu pengumuman malam tadi berkata, tarikh itu ditetapkan kerana pengiraan mendedahkan bahawa anak bulan Syawal tidak mungkin dilihat pada waktu matahari terbenam semalam.

Di Jakarta, Pusat Muhammadiyah Indonesia menetapkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin, 2 Mei, memandangkan anak bulan telah dilihat pada hari semalam.

Kerajaan Brunei Darussalam pula berkata Aidilfitri akan disambut esok memandangkan hilal atau anak bulan dilihat pada satu atau lebih sudut pandang petang semalam.