ESOK HARI RAYA, RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERKEJUT DAN TIDAK SEMPAT BUAT PERSIAPAN

ESOK HARI RAYA, RAMAI RAKYAT MALAYSIA TERKEJUT DAN TIDAK SEMPAT BUAT PERSIAPAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Huru-hara dibuatnya rakyat Malaysia apabila pengumuman Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini datang sehari lebih awal daripada jangkaan asal.

Berita ini agak mengejutkan majoriti rakyat Malaysia kerana Hari Raya sebelum ini dijangka jatuh pada hari 3 Mei (Selasa) pada tahun ini.

Penetapan tarikh 2 Mei ini sekali gus telah mengesahkan desas-desus umat Islam Malaysia yang hangat sebelum ini bahawa akan merayakan sambutan itu lebih awal berbanding dijadualkan iaitu pada Selasa.

“Kepada yang beli tiket bas esok, bajet Raya selasa, aku ucapkan goodluck!” kata seorang pengguna Facebook bernama Zamri Kadir.

Perayaan yang membawa kegembiraan kepada seluruh penduduk negara ini tanpa mengira bangsa mahupun agama jatuh pada tanggal 2 Mei iaitu esok.

“Tahukah anda? Satu Malaysia sedang kelam kabut sekarang ini!” kata seorang pengguna yang bernama Khairul Anwar.

Boleh dibayangkan jumlah besar individu yang mana baju raya ditempah sepatutnya siap esok mahunya diambil sekarang.

Juga kepada mereka yang menunggu sehari sebelum raya untuk membeli barangan basah dapur bagi persiapan lauk pauk rumah terbuka kemungkinan besar menghadapi masalah tidur malam ini.

“Mampuss…daging tak beli lagi, kayu api nak masak lemang pun tak cari lagi. Jem kejap. Apa-apa pun kita enjoy. Esok hidang apa yang ada,” kata pengguna Ichsu Tanamy.

Seorang lagi pengguna laman media sosial yang sama, Yusuff Zulqarnain berkata, kejadian itu betul-betul “kamcheong” (bahasa Hokkien untuk gusar).

“Harap-harap tiada orang yang datang beraya sebab kami belum ada apa-apa untuk dihidangkan,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana seseeorang berbangsa Melayu tahu menggunakan perkataan itu, Yusuff berkata:

“Ini Malaysia ma. Normal untuk kita tahu sedikit sebanyak tentang adat dan bahasa sesama kita sendiri,” tambahnya dalam ruangan komentar.

Walaupun sedikit kecoh, suasana raya membawa “aura” yang lebih mengancam tahun ini disebabkan kelonggaran besar kepada prosedur operasi standard (SOP) setelah dua tahun Aidilfitri disambut sederhana.