COVID-19: Kes Harian Di Sabah Naik Ke 708

COVID-19: Kes Harian Di Sabah Naik Ke 708

0
SHARE

KOTA KINABALU: Trend kes harian menurun Sabah sejak beberapa hari terhenti apabila jumlah jangkitan baharu naik 117 kes menjadikan jumlah kes hari ini sebanyak 708 KES.

Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan lima (5) daripadanya merekodkan pertambahan yang agak besar iaitu Beaufort +30 kes, Kota Kinabalu +28 kes, Penampang +28 kes, Tuaran +24 kes dan Tawau +23 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 64 peratus daripada kes keseluruhan.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini pergerakan turun-naik jumlah kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian di Sabah.

“Walaupun 11 daerah mencatatkan penurunan kes hari ini, tetapi penurunan tersebut adalah pada jumlah yang kecil dan tidak dapat mengimbangi jumlah pertambahan kes baharu di 15 daerah, khususnya di lima (5) daerah yang mencatatkan penambahan kes baharu yang tinggi,” katanya dalam rumusan harian.

Satu lagi kluster institusi pendidikan ditamatkan hari ini, iaitu Kluster Jalan Sokid di Ranau. Dengan penamatan ini masih ada 21 kluster yang masih aktif di Sabah.

Tiga (3) kes baharu hari ini berada dalam Kategori 3, tujuh (7) dalam Kategori 4 dan lima (5) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 202 (174)
Penampang – 70 (42)
Tuaran – 70 (46)
Beaufort – 47 (17)
Tawau – 41 (18)
Papar – 32 (50)
Sipitang – 32 (18)
Sandakan – 23 (26)
Kota Marudu – 22 (13)
Keningau – 22 (35)
Tambunan – 19 (0)
Tenom – 19 (17)
Putatan – 19 (18)
Kota Belud – 16 (22)
Beluran – 15 (7)
Kudat – 10 (13)
Lahad Datu – 9 (6)
Kuala Penyu – 8 (19)
Kinabatangan – 8 (7)
Pitas – 7 (5)
Ranau – 5 (14)
Telupid – 4 (12)
Nabawan – 3 (5)
Kunak – 2 (3)
Kalabakan – 2 (2)
Tongod – 1 (0)
Semporna – 0 (2)