Penduduk Kimanis Akan Didekati Sebelum Pemindahan KKIA – Dr Yusof

Penduduk Kimanis Akan Didekati Sebelum Pemindahan KKIA – Dr Yusof

0
SHARE
Yusof
Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Chairman Datuk Dr Yusof Yacob ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak kerajaan negeri Sabah akan mendekati penduduk Kimanis dahulu sebelum bertindak memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kata Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Chairman Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata dialog penilaian kesan alam sekitar juga akan dijalankan bersama dengan penglibatan penduduk setempat.

Yusof menjawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr Daud Yusof baru-baru ini yang memberitahunya supaya tidak tergesa-gesa dengan projek itu.

“Sebagai ADUN Bongawan, pemindahan itu mesti disokong kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat.

“Ia harus segera dilaksanakan untuk membawa pembangunan dan peluang pekerjaan.

“Ya memang benar KKIA sekarang masih dalam keadaan baik tetapi pemindahan hanya akan dilakukan menjelang 2030. Justeru perancangan awal mesti dilakukan bermula sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusof berkata lapangan terbang KKIA akan menjadi terlalu sesak dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

“KKIA kini menghalang pembangunan bandar Kota Kinabalu untuk masa hadapan seperti Tanjung Aru Eco Development (TAED) dan PAVILLION di Lok Kawi kerana lokasi pembangunan terlalu hampir dengan landasan kapal terbang.

“Tiada bandar (maju) di dunia dengan lapangan terbang yang hampir dengan bandar utama. Kabinet telah pun meluluskan pemindahan semula itu sejak 2022 lagi,” tambahnya.